Plickers
- Wonder Math
- Feb 9, 2019
- 1 min read

Hi, saya ingin berkongsikan satu perisian yang bernama "Plickers". Plickers ini adalah satu perisian interaktif yang dapat menguji kefahaman murid-murid terhadap kemahiran yang disampaikan. Oleh sebab bukan setiap sekolah atau setiap kelas dibekalkan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti komputer, maka Plickers ini merupakan pilihan alternatif yang bagus kerana hanya memerlukan telefon bimbit dan komputer guru sahaja. Murid-murid hanya perlu kad "Plickers" semasa guru ingin menjalankan kuiz. Guru perlu create satu account terlebih dahulu di laman web "Plickers".
Kemudian, klik "New Set" untuk menyediakan soalan kuiz. Untuk akaun percuma, anda hanya boleh menyediakan lima soalan sahaja untuk setiap set.


Selepas menyediakan soalan kuiz,jangan lupa klikkan pilihan yang betul bagi soalan tersebut.

Klikkan butang laman utama untuk melihat set yang dicipta. Kemudian, klik "New Class" untuk menambah kelas anda. Bagikan nama kelas kepada anda.


Klik butang "Create Class" lalu klik butang "Add Students". Masukkan nama-nama murid-murid dan klik butang "Next".


Anda boleh menyusun nama-nama murid atau terus klikkan butang "Done".

Klikkan butang "ADD" supaya dapat menggunakan set soalan yang dicipta untuk menguji kefahaman murid-murid.

Klik butang "Now Playing" semasa ingin menjalankan kuiz di dalam kelas. Jangan lupa muat turun aplikasi "Plickers" di telefon bimbit dan menggunakan akaun yang sama.

Guru juga boleh memeriksa pencapaian murid-murid melalui "Report" atau "Scoresheet" yang ditunjukkan. Ini akan memudahakan guru-guru mengenal pasti murid yang menghadapi masalah dalam PdPc Matematik.
Comments